9 Mei 2014
Telah diadakan Sambutan Hari Ibu peringkat Tadika Sayangku bagi menyambut para ibu pada hari yang istimewa ini. Ibu-ibu telah mula berkumpul di tadika pada awal pagi bersama-sama dengan anak masing-masing. Pelbagai aktiviti telah diadakan yang mana sekali gus telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu, anak dan guru. Ibu-ibu yang cukup 'sporting' telah memeiahkan lagi suasana sambutan dengan telatah masing-masing. Pihak Tadika Sayangku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir waalaupun sibuk dengan kerja masing-masing. Segala kekurangan yang berlaku akan kami perbaiki di masa akan datang dan didahului dengan memohon maaf. Sekali lagi, pihak Tadika Sayangku mengucapkan, Selamat Hari Ibu :)
Tadika Sayangku Awesome! :)
ReplyDelete