Monday, 10 February 2014

~ Lawatan Kesihatan ke Tadika Sayangku Taman Wijaya ~

Pada 22hb Januari 2014 yang lalu, Tadika Sayangku Taman Wijaya telah menerima lawatan daripada kementerian kesihatan. Lawatan ini adalah bertujuan unuk memberi pendedahan kepada kanak- kanak sayangku mengenai penjagaan kesihatan yang baik dan juga kebersihan diri. Seramai 2 orang jururawat dan 2 orang jururawat pelatih telah datang pada hari tersebut. Jururawat pelatih telah memberikan penerangan ringkas mengenai pembiakan cacing di dalam kuku. Kanak- kanak Sayangku mendengar penerangan yang diberikan dengan penuh perhatian. Setelah selesai peneranagn ringkas, jururawat membuat pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan BCG, gigi dan juga kepala. ubat cacing hanya diberikan kepada kanak- kanak 6 tahun sahaja.







No comments:

Post a Comment