Sesi persekolahan tahun ini dibuka seminggu lewat dari tarikh yang dijadualkan berikutan isu banjir yang berlaku di negeri Kelantan. Namun begitu, Tadika Sayangku telah mula menjalankan sesi orentasi kepada kanak- kanak pada 5 Januari 2015 bagi ibubapa yang mahu membiasakan anak- anak mereka ke alam persekolahan. dapat dilihat pelbagai ragam anak- anak Sayangku.
Ada di antara anak - anak sayangku yang teruja untuk belajar sehingga tidak mahu pulang. Ada juga anak- anak yang merajuk apabila ditinggalakan oleh ibubapa masing- masing. Ragam- ragam ini adalah biasa bagi kanak- kanak yang baru membiasakan diri dengan alam persekolahan. Para guru telah membuat persediaan aktiviti bagi menyambut kanak- kanak. Antara persediaan tersebut adalah seperti penyediaan `doh` menggunakan tepung, nyanyian dan gerakkan, aktiviti mewarna, bermain lego dan sebagainya. Aktiviti- aktiviti yang di jalankan ini secara tidak langsung akan memberi suasana yang seronok dan selesa kepada anak- anak.
Diharapkan kerjasama yang utuh di antara ibubapa dan guru dapat menghasilkan anak- anak Sayangku yang cemerlang.
p/s : Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang memberikan amanah kepada kami di dalam memberikan pendidikan awal kepada anak- anak Sayangku.
GAMBAR- GAMBAR RAGAM ANAK- ANAK
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Sebuah tadika yang berkeadaan sangat baik dari segi prasarana, tenaga pengajar,dan juga dari segi modul pengajaran dan pembelajaran. Saya sangat berharap blog ini dapat di kemasikini supaya ibu bapa dapat melihat perkembangan dan aktiviti terkini anak-anak di tadika ini.satu usaha yg perlu di teruskan untuk kanak-kanak mendapat pendidikan awal yg terbaik.
ReplyDelete