Wednesday, 21 May 2014

HARI GURU SAYANGKU (16.05.2014)



Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru- guru Sayangku. Terima Kasih atas pengorbanan, kesetiaan, kesungguhan dan keikhlasan yang telah dicurahkan kepada anak- anak Sayangku. Sesungguhnya tiada apa yang lebih bernilai selain didikan dari guru- guru. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan membawa berkat kepada semua anak- anak Sayangku. Selamat Hari Guru.


Coretan anak- anak Sayangku







PERTANDINGAN PENTOMEN SAYANGKU 2014 (15.05.2014)



Pertandingan Pentomen Sayangku telah diadakan di Tadika Sayangku Taman Wijaya. Seramai 15 orang kanak- kanak tadika telah terlibat bagi mewakili tadika masing- masing. Pertandingan ini bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada sekitar jam 11.00 pagi. Kanak- kanak kelihatan sangat menarik dengan menggayakan pakaian mengikut karekter lakonan yang dipegang. melalui pertandingan seperti ini diharapkan dapat menggembangkan bakat dan potensi diri anak- anak Sayangku dalam melalui proses perkembangan mental dan fizikal. Syabaz diucapkan kepada para pemenang dan guru- guru yang bertungkus lumus bagi menjayakan pertandingan ini. Tahniah!!

PEMENANG TEMPAT PERTAMA 
PERTANDINGAN PENTOMEN 2014

TADIKA SAYANGKU TAMAN WIJAYA
Tajuk : Si Bunga yang Sombong






PEMENANG TEMPAT KEDUA
PERTANDINGAN PENTOMEN 2014

TADIKA SAYANGKU TAMAN INANAM
Tajuk : Bawang Putih Bawang Merah








PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKKAN SAYANGKU (30.04.2014)




Pertandingan Nyanyian dan Gerakkan Sayangku 2014 ini merupakan pertandingan yang diadakan diantara tadika iaitu Tadika Sayangku Taman Wijaya dan Tadika Sayangku Taman Inanam Laut. Tadika Sayangku Taman Wijaya merupakan tuan rumah bagi pertandingan ini. Seramai 15 orang wakil yang terdiri dari pelbagai umur bagi mewakili tadika masing- masing. Kanak- kanak Sayangku kelihatan sangat bersemangat dan gembira menyertai pertandingan tersebut. 


TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKKAN SAYANGKU 2014
TADIKA SAYANGKU TAMAN INANAM LAUT

TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN NYANYIAN DAN GERAKKAN SAYANGKU 2014

TADIKA SAYANGKU TAMAN WIJAYA



amboi seriusnya muka adik- adik kita. 


Persembahan pertama Tadika Sayangku Taman Wijaya


Persembahan kedua Tadika Sayangku Taman Inanam Laut


SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada anak- anak Sayangku!






PERTANDINGAN MEWARNA SAYANGKU (27.02. 2014)



Seperti tahun- tahun sebelumnya, tadika Sayangku telah mengadakan Pertandingan Mewarna Sayangku. Pertandingan ini dinilai mengikut peringkat umur iaitu 6 tahun, 5 tahun dan 4 tahun. Pertandingan mewarna ini dijalankan bagi mencungkil bakat dan kemahiran mewarna yang dimiliki oleh kanak- kanak Sayangku. Pemilihan pemenang dinilai melalui kekemasan dan kesesuaian warna yang dipilih. Semua kanak- kanak yang menyertai pertandingan mewarna ini telah mendapat hadiah saguhati. Pihak Sayangku mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang. :)





Pemenang Kategori 4 tahun



Pemenang Kategori 5 tahun





Pemenang Kategori 6 Tahun









Friday, 9 May 2014

Sambutan Hari Ibu Tadika Sayangku 2014

9 Mei 2014
Telah diadakan Sambutan Hari Ibu peringkat Tadika Sayangku bagi menyambut para ibu pada hari yang istimewa ini. Ibu-ibu telah mula berkumpul di tadika pada awal pagi bersama-sama dengan anak masing-masing. Pelbagai aktiviti telah diadakan yang mana sekali gus telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu, anak dan guru. Ibu-ibu yang cukup 'sporting' telah memeiahkan lagi suasana sambutan dengan telatah masing-masing. Pihak Tadika Sayangku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir waalaupun sibuk dengan kerja masing-masing. Segala kekurangan yang berlaku akan kami perbaiki di masa akan datang dan didahului dengan memohon maaf. Sekali lagi, pihak Tadika Sayangku mengucapkan, Selamat Hari Ibu :)