Sesi persekolahan tahun ini dibuka seminggu lewat dari tarikh yang dijadualkan berikutan isu banjir yang berlaku di negeri Kelantan. Namun begitu, Tadika Sayangku telah mula menjalankan sesi orentasi kepada kanak- kanak pada 5 Januari 2015 bagi ibubapa yang mahu membiasakan anak- anak mereka ke alam persekolahan. dapat dilihat pelbagai ragam anak- anak Sayangku.
Ada di antara anak - anak sayangku yang teruja untuk belajar sehingga tidak mahu pulang. Ada juga anak- anak yang merajuk apabila ditinggalakan oleh ibubapa masing- masing. Ragam- ragam ini adalah biasa bagi kanak- kanak yang baru membiasakan diri dengan alam persekolahan. Para guru telah membuat persediaan aktiviti bagi menyambut kanak- kanak. Antara persediaan tersebut adalah seperti penyediaan `doh` menggunakan tepung, nyanyian dan gerakkan, aktiviti mewarna, bermain lego dan sebagainya. Aktiviti- aktiviti yang di jalankan ini secara tidak langsung akan memberi suasana yang seronok dan selesa kepada anak- anak.
Diharapkan kerjasama yang utuh di antara ibubapa dan guru dapat menghasilkan anak- anak Sayangku yang cemerlang.
p/s : Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang memberikan amanah kepada kami di dalam memberikan pendidikan awal kepada anak- anak Sayangku.
GAMBAR- GAMBAR RAGAM ANAK- ANAK
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN