Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014M



Assalamualaikum WBT. Pihak Pengurusan dan Guru-guru Tadika Sayangku ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1435H bersamaan 2014 Masihi kepada semua murid, para ibu bapa serta masyarakat Muslim. Semoga kita semua terus menjadi ummat Islam yang berguna dan sentiasa mencontohi keperibadian Rasulullah dalam mencari keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Bersempena Maulidur Rasul 1435H ini, Tadika Sayangku akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1435H peringkat Tadika Sayangku pada 16 Januari 2014 bertempat di Tadika Sayangku Taman Wijaya dan Tadika Sayangku Taman Inanam Laut. Perarakan dan pelbagai pertandingan diadakan bersempena sambutan tersebut. Para ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut. Sekian.

Wednesday, 1 January 2014

PENDAFTARAN 2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Sesi Pendaftaran Tadika Sayangku bagi sesi pengajian 2014 akan diadakan pada 2 Januari 2014 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi. Ibu bapa diminta membawa borang pendaftaran yang telah diisi serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti 4 keping gambar passport murid, 2 salinan surat beranak murid, 1 salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga dan salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga. Manakala, yuran atau deposit pendaftaran mesti dijelaskan pada hari pendaftaran tersebut. Segala kerjasama anda amat kami hargai dengan ucapan terima kasih.

Kami dari pihak Pengurusan Sayangku mengucapkan Selamat Datang Ke Tadika Sayangku kepada semua murid-murid baru dan Selamat Kembali kepada murid-murid lama yang masih meneruskan pengajian di sini. Bersamalah kita mendukung kecemerlangan agar anak-anak menjadi insan yang berguna dan cemerlang di masa hadapan.

"ANAK-ANAK CEMERLANG"

p/s: kepada ibu bapa / penjaga yang masih mahu mendaftarkan anak-anak di Tadika Sayangku, pendaftaran masih dibuka dan boleh menghubungi pihak kami di Tadika Sayangku bagi mendapatkan maklumat lanjut serta kekosongan yang ada. Pilihlah Sayangku bagi menjamin masa depan anak-anak yang cemerlang.